Seorang jurulatih bola sepak di perkampungan Bangladesh, Mofiz Uddin memutuskan membentuk sebuah pasukan perempuan pada tahun 2011 selepas kecewa budak lelaki tempatan gagal meraih sebarang trofi kemenangan.
Kurang lima tahun selepas itu, pasukan pemain wanita muda itu menang setiap perlawanan nasional yang dipertandingkan, menjadi selebriti kecil di negara konservatif itu yang mana majoriti warga adalah Islam.
Lebih 12 pemain di sini sudah bermain dalam pasukan nasional wanita, antaranya Tahura Khatun, 12, seorang penyerang kecil digelar "Kolsindur Messi" sempena pemain Barcelona Lionel Messi.