Surprise Me!

Video: MPK roboh tokong menyerupai masjid

2017-01-31 2 Dailymotion

Tokong Cina menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5 Bandar Bukit Raja, Klang telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Klang pada pukul 9 pagi tadi.

Utusan Online melaporkan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK Norfiza Mahfiz berkata pembinaan tokong Cina itu dilakukan di atas tanah milik kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Norfiza berkata pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun Baharu Cina tetapi tidak berbuat demikian. Oleh itu kita membantu pejabat tanah daerah Klang merobohnya.

Tokong menimbulkan kemarahan umat Islam kerana menyerupai masjid dengan lengkap dibina kubah serta bulan sabit yang kebiasaannya menjadi simbol bagi sesebuah masjid.