Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan dan anggota yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat SAR, pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.
Pasukan SAR kata Timbalan Perdana Menteri sudah bekerja keras sekali gus perlu diberi penghormatan kerana pengorbanan masa dan tenaga yang dikerahkan.