Surprise Me!

#weareunited untuk meriahkan media sosial

2017-12-06 3 Dailymotion

Akibat suara sokongan yang semakin luntur di media sosial, Manchester United memulakan kempen #weareunited di Twitter bermula semalam.

Selalunya susur masa media sosial menjadi suram selepas kekalahan United.

Namun hashtag #weareunited trending walaupun United tumpas 4-2 menerusi agregat kepada gergasi Jerman Bayern Munich sekaligus tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah.

Penyokong tegar United terus menyampaikan mesej kesetiaan kepada the Red Devils tidak kira kalah atau menang.