Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa melihat tiada masalah dengan penurunan gambar aktivis lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) dari satu pameran di Pulau Pinang.
Menteri agama melihat gambar-gambar itu seperti mempromosikan gejala LGBT.
Dalam pameran fotografi “Stripes and Strokes” di George Town bermula 4 Ogos itu, pada mulanya turut dipaparkan gambar dua aktivis LGTB Nisha Ayub dan Pang Khee Teik bersama bendera Malaysia.
Nisha, seorang mak nyah, dipaparkan sedang memegang Jalur Gemilang manakala Pang pula menyangkut bendera Malaysia di bahu sambung memegang bendera pelangi yang menjadi lambang perjuangan LGBT.