SAYA ada gastrik, tak boleh puasa.
Hmmm...betul ke gastrik? Atau pedih ulu hati? Ya, ramai yang tidak dapat membezakan kedua-duanya.
Menurut pakar diet dari Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Hashim, memang ramai keliru kerana kesakitan dirasai melibatkan tempat yang sama.
“Kalau gastrik lebih kepada keradangan dalam perut akibat asid di dalam perut. Apabila kita makan, asid akan dihasilkan untuk mencerna makanan.
“Pedih ulu hati pula melibatkan saluran penghadaman atau esofagus,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.