Lambakan buah durian kini membuatkan para penjual menggunakan apa sahaja cara untuk menghabiskan jualan mereka.
Namun, perkara yang dikesali adalah terdapat sesetengah peniaga yang sanggup menipu pelanggan dengan menjual buah yang rosak.
Bukan itu sahaja, timbul persoalan apakah hukumnya isi durian bersama dengan kulitnya sekali?
Bukan apa, kalau diikutkan, sekiranya melalui proses timbangan, sudah terang lagi bersuluh, kulit durian akan lebih berat daripada isinya.
Untuk mendapatkan pencerahan, Soal Jawab Netizen Edisi Agama bertanyakan soalan itu kepada Da’i Syafiqah. Ikuti jawapannya.
#soaljawabnetizenedisiagama
#sinarplus
#sinarislamplus