Surprise Me!

Suami Semakin Bengis Selepas Hilang Kerja

2021-10-27 14 Dailymotion

Suami Semakin Bengis Selepas Hilang Kerja

Kehilangan pekerjaan ketika wabak Covid-19 melanda bukan satu berita asing lagi.

Namun, perkembangan itu telah meranapkan emosi ramai orang dan membuatkan rumah tangga kucar-kacir.

Itu yang berlaku kepada pengadu yang tidak tahan dengan sikap suaminya yang semakin bengis apabila hilang punca pendapatan.

Masalahnya bertambah rumit, apabila si isteri tiada tempat mengadu gara-gara dibuang oleh ahli keluarga.

Bagaimana untuk menyelesaikan kemelut itu? Apa yang harus dilakukan demi memastikan keselamatan anak-anak terjamin? Masih selamatkah rumah tangga yang dibina?

Ikuti pandangan dan kata-kata semangat oleh Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad bagi menjawab persoalan sempena Soal Jawab Netizen Rahsia Rumah Tangga pada minggu ini.

#soaljawabnetizen
#rahsiarumahtangga
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#kitalaluibersama
#dominasigayahidup