Persidangan mesyuarat pertama Parlimen ke-14 yang bermula hari ini bakal menyaksikan landskap baharu institusi itu pasca pilihan raya umum ke-14. Seramai 222 Ahli Parlimen akan mengangkat sumpah termasuk 90 wakil rakyat yang baharu.