Karnival Industri, Keusahawanan Dan Kerjaya (IECC) yang berlangsung di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan untuk untuk golongan siswazah tetapi juga peluang keusahawanan.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli, graduan perlu menerokai lebih banyak dalam bidang keusahawanan yang juga boleh menjadi kerjaya untuk mereka.