Kabinet putuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan yang dibuat pada 18 Disember itu adalah bagi beri ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat.