Kementerian Dalam Negeri bersedia memperluaskan langkah-langkah sekatan sekiranya diperlukan, susulan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar darurat kesihatan global berhubung jangkitan novel koronavirus.
Bagaimanapun, jelas menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bergantung kepada keputusan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kementerian Kesihatan.