Selepas menempuh berjalanan lebih 16 jam, mayat pendaki yang meninggal dunia akibat sesak nafas pada lewat petang Rabu lalu berjaya dibawa turun dari Kem Kubang, Gunung Basor, Kuala Balah, Jeli, Kelantan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM, Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, jenazah Zulkifli Ibrahim, selamat tiba di Renyut Dua Intake, Bukit Selar pada jam 8 pagi.