Pelantikan golongan profesional dalam memegang sesuatu portfolio Kabinet dilihat amat penting dalam mewujudkan sebuah jemaah menteri yang jitu.
Itu kata Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof.Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.
Namun beliau mempersoal sejauh mana kesediaan parti politik melepaskan kerusi Kabinet bagi memberi laluan kepada golongan profesional.