Surprise Me!

Kg Kelong contoh program berkelompok tanaman kelapa berskala besar

2022-03-19 0 Dailymotion

Kawasan Kampung Kelong, Tumpat boleh dijadikan contoh program berkelompok penanaman kelapa berskala besar apabila berjaya melahir dan mengekalkan produk hasil kelapa sejak sekian lama.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negara Dua, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, sejak program penanaman kelapa diperkenalkan Jabatan Pertanian di kampung berkenaan pada tahun 1988, 54 penanam masih berkecimpung mengeluarkan pelbagai produk berasaskan kelapa hingga kini.