Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setakat hari ini Kerajaan Arab Saudi belum membuat sebarang pengumuman sama ada tahun ini umat Islam dibenarkan untuk mengerjakan ibadah haji. Buat masa ini, kita masih menunggu keputusan tersebut seterusnya akan diumumkan langkah susulan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).