Surprise Me!

PRK Chini: Kos PRK dijangka meningkat kepada RM4.6 juta

2022-03-19 0 Dailymotion

Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menjangkakan kos bagi perjalanan Pilihan Raya Kecil, PRK Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, anggaran kos bagi PRK itu dijangka mencecah RM4.6 juta . Antara lain, kenaikan kos disumbang keperluan untuk penyediaan barang-barang seperti topeng muka, pensanitasi tangan, serta khemah khas.