Kerajaan mungkin menarik balik kebenaran zoo untuk beroperasi sekiranya pengunjung gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Ia bertujuan bagi mengelakkan wujudnya jangkitan dalam kalangan pengunjung terutama kanak-kanak.
Pihak polis juga diarah untuk memantau operasi di Zoo Negara bagi memastikan pengunjung mematuhi SOP yang ditetapkan.