Gunung Merapi di Indonesia meletus dua kali dengan menghamburkan debu tebal setinggi 6,000 meter ke udara.
Agensi Geologi Indonesia berkata, dua letusan itu berlaku selama tujuh minit.
Keadaan itu memaksa pihak berkuasa tempatan mengarahkan penduduk untuk berpindah sementara ke kawasan selamat iaitu tiga kilometer dari gunung berkenaan.