Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mahu semua kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam PRU14 kembali ditandingi oleh parti keramat orang Melayu itu pada PRU15 nanti.
Nazri menegaskan perkara itu tidak perlu dibahaskan lagi kerana kerusi itu asalnya dimenangi oleh UMNO namun disebabkan ahli parlimennya lompat parti maka ia menjadi milik parti lain dan biarpun dalam Perikatan Nasional ia bukan justifikasi untuk UMNO menyerahkan kerusi itu.