Padah akibat memandu dibawah pengaruh alkohol seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) warganegara India ditahan selepas melanggar lima buah kenderaan di Jalan Pantai Cenang, Langkawi, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi tadi suspek memandu kereta dalam keadaan terhoyong hayang tiba-tiba merempuh deretan kereta yang dipakir di hadapan sebuah hotel.