Surprise Me!

Al-Sultan Abdullah perkenan anugerah 11 Biasiswa YDPA

2022-03-19 0 Dailymotion

Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2020/2021 kepada 11 penuntut institusi pengajian tinggi di Istana Negara di sini, hari ini. Semua penerima biasiswa itu dipilih oleh Jawatankuasa BYDPA untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang meliputi sains dan teknologi, kejuruteraan dan undang-undang di pelbagai universiti tempatan dan luar negara.