Dayana Damsah, salah seorang guru Sekolah Kebangsaan Umas-Umas yang maut dalam kemalangan jalan raya di Tawau pagi Rabu, baharu sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya pada 27 Julai lalu.
Menurut ibu mangsa, Indo Oti Ahmad, anaknya yang berusia 27 tahun itu ada berpesan kepadanya agar menjaga bapanya yang semakin tua... Hanya beberapa hari sebelum kemalangan itu.