Mereka yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 boleh membuat semakan pusat dan tempat mengundi atau saluran mulai hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak memaklumkan, semakan itu boleh dibuat melalui empat kaedah iaitu portal SPR, aplikasi MySPR Semak, khidmat pesanan ringkas dan hotline SPR.