Surprise Me!

Banjir Bintulu, PPS ikut SOP COVID-19

2022-03-21 0 Dailymotion

Penduduk di tiga kampung di Bintulu yang terjejas akibat banjir kilat pada Jumaat telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Muhibbah Bintulu.

Tiga kampung terbabit adalah kawasan setinggan Sungai Sebatang, Sungai Plan dan Kampung Avenue yang melibatkan 135 mangsa.

Pusat pemindahan yang dibuka pada jam 11 jumaat malam itu turut mengikuti garis panduan keselamatan COVID-19.