Malaysia disaran menilai kesan sampingan terhadap penggunaan vaksin COVID-19 daripada Pfizer selepas ia digunakan di United Kingdom (UK), pada minggu depan.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, setakat ini negara masih belum menerima sebarang data kajian atau dapatan keberkesanan vaksin berkenaan.