Surprise Me!

Banjir di Pahang ragut nyawa pertama

2022-03-22 5 Dailymotion

Banjir di Pahang meragut nyawa pertama apabila seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut lemas manakala seorang anaknya hilang dibawa arus semasa meredah banjir di Kampung Gintong, kira-kira 100 kilometer dari sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata mangsa Zulkarnain Hitam, 58, ditemukan lemas sekitar 10.30 malam.
Dia dipercayai dihanyutkan arus deras semasa berjalan kaki pulang ke rumah bersama tiga anak lelakinya selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi.