Setiap kali hujan lebat melanda, pasti hati nenek berusia 76 tahun ini resah kerana bimbang kediamannya di Kampung Pasir Gajah ditenggelami air.
Apatah lagi warga emas yang menghidap penyakit jantung dan darah tinggi ini tinggal bersendirian manakala anak-anaknya tinggal diluar Kawasan.
Hamidah yang mesra dipanggil Tok Wan ini berkata, ini kali ketiga dia terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara selepas kediamannya dinaiki air sedalam 0.5 meter.