UMNO bahagian Tanjung Malim membuat laporan polis berhubung kain rentang yang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.
Melalui akaun Facebooknya pada Isnin, pemangku Ketua Bahagian, Mohd Zaidi Aziz menafikan ia dilakukan oleh ahli UMNO di bahagiannya.