Tidak wajar veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa pemimpin UMNO yang berada dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional ketika ini sebagai 'kurang prinsip' dan tiada hala tuju.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pemimpin UMNO masih berada dalam Kabinet kerana terikat dengan usul yang diputuskan ketika Perhimpunan Agong UMNO 2020 baru-baru ini.