Bagaimanapun keterujaan Zii Jia boleh jadi satu penantian yang menyeksakan dalam tempoh 24 sehingga 48 jam yang akan datang.
Ini kerana, BAM dan BWF akan menentukan nasib penganjuran Terbuka Malaysia.
Keputusan sama ada saingan diteruskan atau sebaliknya bergantung kepada maklumbalas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkait faktor keselamatan daripada pandemik COVID-19 seperti tempoh kuarantin dan kemasukan peserta daripada negara berisiko tinggi seperti India.