Hari ini ... Kita duka cita ... Dan kita semua patut mengambil ikhtibar ... Kerana hari ini rekod kematian akibat COVID-19 ... Mencatatkan paling tinggi ... Iaitu 39 kes kematian.
4,765 kes baharu dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19, 453,222 kes.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 40,101 kes.
Dalam pada itu, bilangan sembuh hari ini ialah 3,124 kes menjadikan jumlah pulih sebanyak 411,360 kes.
Sehingga kini, 469 kes positif sedang dirawat di ICU, 244 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Pertambahan 39 kes kematian hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,761 kes.