Polis menahan empat lelaki dan merampas barangan bernilai kira-kira RM9.2 juta dalam empat serbuan membanteras penyeludupan kontraban, bunga api dan hidupan liar di ibu kota dan Perak bermula Rabu lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata serbuan berkenaan dilakukan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK).