Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum.
Ia di sebalik larangan india mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik.
Ini jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kerana
Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.