Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, mengesan aktiviti membeli bahan bakar bersubsidi di stesen-stesen minyak sebelum dijual dengan harga lebih tinggi.
Menurut Pengarah Saharuddin Mohd Kia, aktiviti tidak bertanggungjawab itu berikutan kenaikan harga petrol dan diesel disyaki dilakukan menggunakan lori tangki minyak berlesen.