Walaupun kerajaan menetapkan harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 masing-masing pada RM16 dan RM19.90 , tetapi orang ramai berharap ia dapat dikurangkan lagi.
Bagi penduduk di sekitar Ipoh, mereka berkata harga itu masih membebankan, lebih-lebih lagi kepada peniaga, kerana ia perlu digunakan dengan kerap.