Surprise Me!

Sisa Kimia | Kerja pembersihan tapak sampah haram di Dengkil selesai

2022-09-21 0 Dailymotion

Kerja pembersihan buangan kimia yang ditemukan di sebuah tapak pelupusan sampah haram di Dengkil baru-baru ini telah selesai dijalankan.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata ia bermula pada 9 hingga 22 Julai itu melibatkan pemindahan sebanyak 15 tong dram berkapasiti 200 liter, tujuh bekas Intermediate Bulk Container (IBC) dan dua beg jumbo mengandungi tanah, plastik serta kain buruk tercemar.