Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kemaman atas tuduhan mencederakan seorang remaja berusia 15 tahun hingga melecur.
Tertuduh, Shaikh Hilman Hakim Shaikh Anuar, 28 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.