Menyemai semangat perpaduan menerusi sukan antara matlamat kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan penganjuran Anugerah 100plus Perpaduan SAM bagi tahun 2020/2021.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, program itu secara tidak langsung turut merupakan medan pengiktirafan kepada atlet dan penggiat media sukan tanah air.