Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak gentar dengan kehadiran Parti Bangsa Malaysia (PBM) sekiranya parti itu bertanding menggunakan logo Barisan Nasional (BN) di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15).
Tegas Naib Presiden Kanan parti PBB, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, ini kerana rakyat termasuk di pedalaman Sarawak lebih mengenali logo GPS yang mengutamakan pembangunan negeri itu.
Ujarnya, komponen GPS tidak lagi dalam BN dan ia adalah perkara lalu.