Dalam memastikan kemenangan pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar parti-parti pembangkang melupakan permusuhan sesama sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata jika parti-parti pembangkang terus bertelagah, mereka bakal berdepan kekalahan dalam PRU15 kali ini.