Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan tidak wajar sekiranya berlaku rundingan sulit membabitkan parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti didakwa pihak tertentu.
Menurutnya, perkara itu sudah semestinya membelakangi pendirian dan keputusan yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO, sebelum ini iaitu 'No Anwar, No DAP'.