Taylor’s telah menganjurkan Program Inter-School Competition bagi pelajar-pelajar sekolah menengah sempena Sambutan Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor’s 2022 (TIAD 22) baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Profesor Dr Pradeep Nair berkata inisiatif ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang perakaunan sebelum mereka menamatkan pengajian.