Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui proses pembentukan Kabinet kali ini bukan mudah, kerana konsep kerajaan perpaduan itu melibatkan banyak parti politik di bawahnya.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, setakat ini beliau masih dalam proses mendengar pandangan semua pihak berkaitan, dan akan memutuskannya sesegera mungkin.