Surprise Me!

Ops Ulat | JPJ tahan 19 ‘ulat’, kenakan caj tak masuk akal

2022-12-13 0 Dailymotion

Beroperasi secara haram, tanpa perlindungan insurans, malah mengenakan caj yang mahal kepada pelancong luar.Itu modes operandi 'ulat' yang dibongkar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ulat (Ops Ulat) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, seramai 19 individu berjaya ditahan sepanjang operasi terbabit melibatkan 15 kenderaan persendirian dan empat kenderaan perkhidmatan awam.