Penurunan kuasa kepada agensi teknikal di Sabah dan Sarawak dijangka diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet pada 4 Januari ini.
Ia dijangka memberi kesan yang positif lebih-lebih lagi mengurangkan karenah birokrasi berhubung pelaksanaan projek.
Menurut Yang di-Pertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Sarawak, Mashan Ahmad Rais, kesannya amat ketara serta mampu memberi implikasi jangka panjang terhadap prestasi kontraktor pembinaan kecil.