Rayuan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka berdepan rintangan memandangkan bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai banyak kes mahkamah yang lain.
Bagaimanapun, Penganalisis Politik, Dr Mazlan Ali berkata, pemimpin itu dan UMNO perlu diberi peluang untuk membuat rayuan pengampunan kerana setiap individu bersalah berhak berbuat demikian seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.