Perenang Khiew Hoe Yean berjaya menghadiahkan pingat emas sulung buat kem renang negara menerusi acara 200 meter gaya bebas lelaki yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, Selasa malam.
Hoe Yean menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat.