Surprise Me!

Jualan semikonduktor global diunjur menyusut 10.3%

2023-07-14 1 Dailymotion

Kenanga Research mengekalkan penarafan neutral terhadap sektor teknologi selepas perangkaan perdagangan semikonduktor dunia (WSTS) mengunjurkan jualan semikonduktor global menyusut 10.3% pada 2023. Firma itu merangkumi cabaran operasi berterusan yang dihadapi pengeluar akibat pemulihan pesanan yang kurang memberangsangkan. Walau kategori semikonduktor dan opto elektronik dijangka mengekalkan pertumbuhan satu digit pada 2023, firma tersebut memperhatikan kemungkinan penurunan pada kategori lain.