Surprise Me!

Butod menggelikan tapi enak dimakan

2023-08-29 4 Dailymotion

Butod menggelikan tapi enak dimakan

BULETIN TIKTOK 29 OGOS 2023

Gerakan ulat yang meliuk-liuk di tapak tangan sudah tentu menggelikan apatah lagi dimasukkan ke dalam mulut, dikunyah mentah-mentah dan dimakan begitu sahaja.

Namun bagi sesetengah masyarakat Kadazandusun, butod atau ulat sagu bukan makanan yang mengembangkan tekak sebaliknya ia merupakan makanan yang enak bagi penggemar makanan eksotik.

Cabaran makan butod mentah antara aktiviti yang diadakan oleh Proton Holdings Bhd (Proton) sempena Program Asian Games Nation Drive di Sabah bagi menghangatkan temasya Sukan Asia Ke-19 2022 Hangzhou yang akan berlangsung di China pada bulan depan.

Pengurus Proton Sabah, Eron Constantine berkata, siri jelajah itu menampilkan pelbagai aktiviti berunsurkan budaya di Sabah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/276213/edisi/sabah-sarawak/butod-menggelikan-tapi-enak-dimakan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #Butod #Sabah